Tips Buang Tisu Melekat Pada Pakaian

Paling tak seronok bila lepas mencuci baju apabila ada kesan tisu melekat pada pakaian. Pakaian warna gelap pula tu. Mula rasa nak marah. Siapa yang tak buang tisu dalam poket ni!


Seorang lelaki Jepun telah menemui cara yang paling efektif untuk menanggalkan kesan tisu yang melekat pada pakaian setelah dicuci.


Hanya gunakan Cecair Pelembut. Ya, mana-mana cecair pelembut pakaian boleh digunakan.

Hanya basuh kembali mengunakan cecair pelembut fabrik. Boleh juga gunakan cuka ya!

Pasti tertanya bagaiman cecair pelembut fabrik dan cuka boleh menanggalkan cebisan tisu ini. Ini kerana, ia mampu dicaj elektrik pada pakaian anda. Tisu melekat pada pakaian sebab tisu cenderung kepada caj elektrik pada pakaian.

Bila gunakan pelembut fabrik dan cuka, anda akan melepaskan ikatan tersebut.

Post a Comment

0 Comments