Biasanya bila kita sebut laksa. Kita dah terbayangkan Laksa Penang. Tahu tak di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa ikut negeri dan daerah tertentu. Pastinya rasanya sangat sedap.

Asam Laksa / Laksa Penang



Berasal dari Pulau Pinang dan kuahnya agak cair. Tetapi rasanya tetap padat. Letak pula timun, bawang, daun salat, nenas dan sebagainya. Wah, terasa masin-masin dah di air liur.

Laksa Kuala Perlis



Kuahnya agak pekat berbanding dengan Laksa Penang. Walaupun tak banyak campuran, tapi rasanya tetap menarik. Ikan segar yang mudah didapati buatkan ramai sanggup ke Kuala Perlis untuk menikmati laksa ini.

Laksam



Berasal dari Kelantan. Kuahnya sedikit pekat dan keunikkannya ialah ia menggunakan gulungan tepung beras yang dimasak sendiri!

Laksa Kelantan



Sama seperti Laksam tetapi menggunakan laksa beras sebagai laksanya.

Laksa Terengganu / Laksa Putih



Kuahnya sedikit cair dari Laksam dan Laksa Kelantan tetapi menggunakan laksa beras. Selalunya disajikan dengan sambal merah.

Laksa Sarawak



Laksa ini agak berbeza dengan disemenanjung sebab menggunakan air rebusan ayam dan udang. Mempunyai pes yang tersendiri dan menggunakan mee hoon.

Laksa Kedah



Rupanya seperti Laksa Penang, tapi rasanya berbeza dan tidak semasam Laksa Penang.

Laksa Johor



Menggunakan spagetti dan kuahnya seakan bolognese. Dilengkapi dengan timun, bawang, telur, taugeh, lobak masin dan sambal merah. Memang unik.

Kari Laksa



Berasal dari Melaka, laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Nyonya, ia menggunakan mee dan kuahnya sangat berlemak dan pedas. Tauhu kering. ayam, telur dan sebagainya melengkapkan hidangan ini.

Wah, lapar sudah. Bagi korang, laksa mana yang paling sedap?