Jom Hari-Hari Amalkan Buah Limau Gedang 'Grapefuite'

Limau Gedang atau Grapefruit adalah buah sitrus yang paling banyak mengandungi air. Kalau dibandingkan dengan buah yang lain. Kandungan airnya adalah 92%. Sebenarnya buah limau gedang ini kacukkan antara limau bali dan buah oren.


Rasa buah ini memang berbeza. Ada sedikit masam dan pahit (macam limau bali). Tapi ada juga yang rasa manis bergula. Seperti buah citrus yang lain. Kandungan yang kaya dengan Vitamin C mampu menjadi pelindung terhadap demam dan selesema.

Buah Limau Gedang ini mengandungi asid sitrik, gula semula jadi, minyak perlu seperti limonene, pinene dan citral. Mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan sejumlah kecil Vitamin A, B kompleks, Vitamin E dan Vitamin K. Malah ada juga terdapat sejumlah besar kalsium, asid folik, fosforus dan potassium.

Ini adalah kebaikkan jika diamalkan pemakanan buah limau gedang dalam diet seharian.

Merawat keasidan dalam sistem pencernaan

Walaupun limau gedang mengandungi rasa masam, sebenarnya jusnya ini mengandungi tindakbalas beralkali selepas pencernaan. Kesan ini amat baik terutamanya dalam merawat keasidan dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah kesihatan lain.

Menangguhkan sel kanser merebak

Bioflavonoid yang ditemui dalam limau gedang dikatakan mempu menangguhkan sel-sel kanser daripda merebak dalam pesakit kanser melalui cara membuang estrogen berlebihan daripada tubuh.


Merangsang sistem imun

Pengambilan jus limau gedang dengan kerap semasa anda mengalami tekanan dikatakan mampu merangsang sistem imum bagi mencegah tubuh anda daripada keletihan.

Cegah risiko diabetes

Pengambilan berterusan mampu mengurangkan kanji dan gula dalam sistem tubuh. Jika anda mempunyai kecenderungan mendapat diabetes, makanlah lebih banyak lima gedang bagi mencegahnya.

Kurangkan bengkak kaki ketika hamil

Bioflavonoid dan Vitamin C dalam buah ini mampu mengurangkan air yang tertahan dalam tubuh dan kaki membengkak sepanjang kehamilan.

Mudah tidur

Minum jus limau gedang sebelum tidur boleh membantu anda legakan insomnia dan memberi tidur yang nyaman.


Legakan sakit tekak

Sekiranya anda sakit tekak atau batuk-batuk boleh amalkan dengan meminum jusnya.


Mengurangkan berat badan

Buah limau gedang dikatakan mempunyai enzim pembakaran lemak yang dikatakan boleh membantu menyerap dan mengurangkan kanji dan gula dalam tubuh. Ia gunakan secara meluas dalam diet untuk mengurangkan berat badan.


Wah, banyaknya kebaikan buah limau gedang ni!

Sumber: Mingguan Wanita

Post a Comment

0 Comments