Hentikan Tabiat Mengunyah Ais

Jika korang ada tabiat mengunyah ais baik hentikan. Sebabnya korang sedang menjahanamkan gigi sendiri tanpa sedar. Mesti best kan bestkan. Krup, krup, krup dan sejuk.


Menurut Doktor Gigi - Dr. Muhamad Iqbal, tabiat ini akan sedikit demi sedikit menyebabkan kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro. Makin lama korang kunyah gigi, makin banyak struktur gigi yang hilang.

Ini dinamakan "Abfraction". Gigi akan berlubang! Tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi. Gigi akan berlekuk terutamanya di bahagian leher gigi.


Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.

Kesan daripada "Abfraction" ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif. Jika tak bendung, gigi boleh patah dan pecah! Sebab banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Beliau berkongsi satu kes tentang tabiat mengunyah ais.

Saya pernah dapat seorang pesakit ini, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak rosak kecuali yang pecah tu.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Bila tanya, tak sakit ke? Dia cakap tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus 'mati mengejut'.

Untuk merawat gigi tersebut, pesakit akan dilakukan rawatan saluran akar (root canal treatment) dahulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).


Akhir pesan dari Dr. Muhammad Iqbal ialah, kurang-kurangkan dan perpada-padalah bila makan ais.

Sumber : fb.com/medicalmythbustermalaysia

Post a Comment

0 Comments