Resepi Ayam Percik Yang Sedap



Seorang pengguna FB @SuiSan Aliezsha berkongsi resepi Ayam Percik yang sedap. Menurutnya ini adalah resepi yang beliau gunakan untuk berjualan.


Menurutnya kalau gunaan arang lagi sedap. Tapi boleh je gunakan dapur atau oven. Bakar pada suhu oven 180 selama 20 minit.

Bahan-bahan

1 Ekor ayam - dibasuh dan ditoskan

Bahan diblend
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Kunyit Hidup

Ketumbar dan jintan manis - diblend halus

Tumis bahan-bahan di atas tanpa minyak. Pastikan masukkan gula dan garam secukup rasa ya.

Kemudian, masukkan ayam. Masak setengah masak sahaja.

Letak ayam atas stand dan renjis olive oil atau minyak masak.

Kalau guna Air Fryer - Suhu 200 - selama 15 minit atau guna oven 180 - 20 minit.


Resepi Kuah Ayam Percik

Bahan diblend
Cili Kering
Bawang Putih

Masukkan bahan diblend ke dalam kuali setelah dipanaskan terlebih dahulu,, Masukkan sedikit air dan kacau sehingga cili kering tadi masak. Masukkan Sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.

Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Gula dan garam secukup rasa.

Boleh masukkan bijan ke dalam kuah tersebut.


Selamat mencuba.





Post a Comment

0 Comments