Di sini saya kongsikan 3 khasiat minyak zaitun kepada kita
1. Terbaik Untuk Penjagaan Kulit
Cuaca yang terlampau panas boleh membuatkan kulit kita kering dan kusam. Minyak Zaitun boleh digunakan untuk melembabkan semula. Sapukan sedikit minyak zaitun ke kulit semasa mandi dan korang boleh lihat kesannya serta merta.
Gunakan stoking rendaman minyak zaitun untuk mendapatkan kulit kaki yang lebih licin dan lembut.
Boleh lembabkan bibir kering dan kuku. Dan selamat untuk sapu pada punggung bayi korang bagi memudahkan membuang najis.
Jika ada masalah kelemumur dan kulit kepala kering, letakkan pada kulit kepala dan biarkan selama sejam macamtu sebelum mandi. Kemudian bilas.
2. Terapi Oil-Pulling
Teknik Oil-Pulling adalah teknik dari Ayuverda. Digunakan secara meluas dalam dunia terapi. Kumurkan sesudu minyak zaitun dan dikumurkan untuk 15 hingga 20 minit beberapa kali setiap hari. Teknik ini dikatakan mampu menarik keluar bakteria, hingus dan segala toksid yang tersekat dalam badan.
3. Menambah Kelembapan Kek
Selain melembabkan kulit dan rambut. Kandungan Vitamin E di dalam minyak zaitun membuatkan kek korang kelihatan lebih lembab dan gebu. Lembapan menjadi lebih lama dan kek mempunyai nutrien tambahan!
0 Comments