Manfaat Kacang Bendi Yang Perlu Kita Tahu

Kacang Bendi atau Kacang Lendir biasanya di Malaysia dijadikan sayuran ulaman dan juga dimasukkna dalam masakan seperti kari dan sebagainya. Di negara lain, ia digunakan sebagai agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir.


Sayuran ini kaya dengan Kalium, Vitamn B, Vitamin C, Asid Folik dan Kalsium.

Tak kisah macam mana cara korang makan kacang bendi ini, korang pasti akan dapat manfaat kesihatan daripada sayuran ini.

1. Merendahkan Kolestrol


Kacang bendi bukan saja menggalakkan pencernaan yang baik, malah juga paras kolestrol yang baik kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat terlarut boleh dibubarkan dalam air, bermakna ia dipecahkan dalam saluran pencernaan.

2. Mengurangkan Asma / Lelah


Mengambil atau memakan walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi sayuran atau buah-buahan yang tinggi Vitamin C dapat mengurangkan gejala asma. Kacang Bendi tinggi dengan Vitamin C!

3. Mengawal Penyakit Kencing Manis


Serat terlarut boleh membantu pesakit kencing manis disebabkan keupayaannya untuk mengekalkan tahap glukosa darah pada tahap stabil.

4. Meningkatkan Sistem Imun


Kandungan Vitamin C dan komponen antioksida dalam kacang bendi juga menjadi berganda sebagai penggalak daya imun terhadap radikal bebas yang tidak selamat. Ini membantu menyokong sistem ketahanan badan.

Vitamin C merangsang sistem imun untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang boleh membantu melawan patogen dan bahan asing lain di dalam tubuh badan kita.

5. Mencegah Penyakit Buah Pinggang


Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Jilin mendapati bahawa pesakit yang makan kacang bendi setiap hari menunjukkan pengurangan tanda-tanda klinik kerosakan buah pinggan lebih tinggi daripada mereka yang menjalani diet diabetes. Ini sangat membantu kerana separuh daripada ks penyakit buah pinggan berkembang daripada diabetes.

6. Menggalakkan kehamilan yang sihat


Kandungan Vitamin A, B (B1, B2 dan B6) dan C, serta kesan Zink dan kalsium yang tinggi dalam kacang bendi menjadikan sayuran ini ideal untuk dimakan oleh ibu yang hamil.

Kacang bendi juga berfungsi sebagai makanan tambahan untuk serat dan asid folik. Ini membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan juga mempu menghentikan sembelit ketika hamil.

Sumber: Iluminasi.com

Post a Comment

0 Comments