Tips Bagi Permulaan Untuk Membuat Kek Lapis

Amie's Little Kitchen ada berkongsi tips bagi mereka yang baru bermula untuk membuat kek lapis. Harap tips ini dapat membantu ya.

1. Ikut Resepi 100%


Langkah pertama ialah fahami resepi kek lapis pilihan anda. Bahan-bahan dan langkah-langkah yang diperlukan. Rujuk kepada mereka yang berpengalaman untuk kaedah atau bahan-bahan yang anda tidak pasti. Semestinya ikut semua langkah dan bahan-bahan yang masa digunakan dalam resepi tersebut.

2. Cuba Kaedah Kukus Terlebih Dahulu


Buat keputusan muktamad untuk bakar atau kukus. Bahan yang sama kita boleh kukus atau bakar. Kali pertama Amie menghasilkan kek lapis ialah dengan cara kukus kerana Amie tak yakin boleh menjaga api oven untuk menghasilkan kek lapis yan sempurna.

3. Pilih Bahan Berkualiti


Perlu ingat, hanya bahan-bahan yang berkualiti sahaja boleh menghasilkan kek lapis yang sedap dan cantik. Jika bahan yang diperlukan ialah mentega berkualiti tinggi, janganlah tukar dengan majerin atau buttercup pula. Contoh mentega berkualiti tinggi ialah Anchor dan Golden Churn serta Wood Dunn.

4. Sediakan Bahan Lebih Sebagai Backup

Bagi korang yang baru belajar, pastikan mempunyai lebihan bahan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Misalnya telur. Pecahkan telur di dalam bekas terlebih dahulu kemudian baru masuk satu persatu dalam adunan. Takut nanti terpecahkan telur busuk, rosaklah adunan kita keseluhannya.

5. Guna Penekan Khas


Gunakan sukatan yang sama untuk setiap lapisan. Guna api bahagi atas oven (jika guna membakar). Apabila sesuatu lapisan masak, tekan lapisan itu dengna menggunakan penekan khas supaya lapisan rata dan sekata.

Jika terdapat udara timbul di permukaan kek, cucukkanlah dengan lidi atau garfu.

6. Kawal Suhu Ketuhar

Setelah selesai melapis, matikan api atas, laraskan suhu kepada 100’C – 170’C mengikut kepanasan oven masing-masing (sebab kapasiti dan kepanasan oven berbeza-beza mengikut jenis dan kebiasaan), dan bakar lagi selama 20 minit menggunakan api bawah.

Dengan cara ini, semua bahagian dan lapisan kek dapat dipastikan masak dengan rata. Keluarkan kek dari loyang ketika masih panas dan sejukkan di atas redai.

Terakhir, Elakkan Kecuaian

Dengan sedikit kesilapan seperti membiarkan atau melebihkan masa dalam tempoh 5 minit sahaja (terutama lapisan terakhir), kek lapis anda mungkin hangus di bahagian atas dan sekaligus anda berasa lemah longlai dan tidak berbaloi bersengkang mata sepanjang malam kerana telah menghabiskan masa selama 4 hingga 5 jam di depan oven!

Jadi, lain kali bolehlah anda mempraktikkan tips buat kek lapis ini supaya hasilnya tidak mengecewakan.

Sumber : Amie's Little Kitchen

Post a Comment

0 Comments