Tips Jimat Kos Hotel

Sebenarnya ini adalah tips yang dikongsi adik penulis bila dia bermalam di hotel. Bagi famili ni, anak ramai dan kecil-kecil. Nak ambil bilik besar atau famili suite tentunya mahal kan. Rasanya kalau balik ke makan tu, boleh kenyang anak beranak.

Paling simple sekali ialah bekalkan tilam angin. Sebabnya tilam angin ni kecik je saiznya. Besar kotak kasut kali dilipat. Jadinya, pilih je bilik yang tak perlu besar tapi ada ruang yang sesuai dengan saiz tilam angin kita ni. Kan mudah tu, katil single pun tak kisah sebab ada tilam extra.

Tapi, pastikan polisi hotel tu macam mana. Sebab ada juga hotel yang amat berkira dengan bilangan pax untuk bilik yang ditempah. Dia pun tak nak rugi kalau ramai-ramai padat 1 balik.

Hanya serendah RM40++ dah boleh dapat tilam sekali dengan pam elektrik. Tak perlu lagi guna manual. Biasanya tilam ni dapat tampung berat sehingga 300 kg. Sesuai sangat untuk tido 2 hingga 3 orang anak-anak.


Selain model pump asing, ada juga model pun terbina dalam. So tak perlu nak takut pum hilang atau tertinggal. Sebab dah ada sekali dengan tilam.

Size

  • Single : 76cm x 191cm x 25cm
  • Super Single : 99cm x 191cm x 25cm
  • Double : 137cm x 191cm x 25cm
  • Queen : 152cm x 203cm x 25cm
  • King : 183cm x 203cm x 25cm

Menariknya elektrik pun ada pelbagai jenis. Ada yang support 2 in 1 iaitu boleh plug rumah dah car charger. Ini kalau camping pun boleh. Kalau tak, pakai pam manual pun boleh. 

Tilam ni memang tebal. Tebalnya sehingga 25 cm. Permukaan atas yang lembut tak perlu kain cadar. 


Dah tu, tahan lasak dan rekaan bila tidur, tilam tak tenggelam di tengah.Yelah, kalau tenggelam tengah, kalau orang berat dari kita tidur sama. Dengan kita-kita sekali menggelungsur rapat kepada si badan berat.

Boleh beli Tilam Angin Intex kat sini

Post a Comment

0 Comments