Sabah - Destinasi Pelancong dari Korea Selatan

Sabahtourism melaporkan terdapat peringkatkan yang ketara pelancong dari Korea Selatan. Untuk tahun 2023, Dari Januari sampai Mei, 80k pelacong dari Korea Selatan dah tiba di Sabah. Mau taknya, ada 30 penerbangan seminggu yang menghubungkan Korea ke Kota Kinabalu.


Sabah Tourism juga ada akaun sosial media berbahasa Korea, secara tak langsung memudahkan pelancong Korea dapat akses dan maklumat mengenai Sabah.

Datuk Joniston Bangkuai (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah) kata, orang Korea Selatan minat dengan Sabah sebab tiga perkara pulau, pantai dan padang golf.

Ramai peniaga dan rakyat Sabah obses dengan orang-orang Korea ni. Sampaikan ada pasaraya berkonsepkan Korea dan rata-rata peniaga pandai berbahasa Korea. Kalau tak, takkan tak viral tourist guide dari Sabah yang fasih berbahasa Korea.

Sampaikan kejohanan golf pun buat di Sabah dan ramai pelabur nak invest di Sabah. 



Orang Korea suka jadikan Sabah sebagai kawasan untuk lari dari musin sejuk atau musim panas yang melampau. Sabah ni banyak tempat yang dingin-dingin. Boleh healing sambil kupi-kupi di Sabah.


Post a Comment

0 Comments