Resepi: Kuih Ropa

Kuih Ropa merupakan kuih tradisional Terengganu. Kuih ini memang sedap sebab kulitnya kita buat sendiri dan mempunyai inti

 

KULIT KUIH ROPA
 
Bahan untuk kulit
 
4 cwn tpung gandum
1 biji telur
2 cwn fresh milk@susu kotak
Air secukupnya
Secubit garam
 
CARA PENYEDIAAN
  1. Masukkan telur, garam, gandum dan air & susu ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.
  2. Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.
  3. Sapu sedikit minyak pada kuali (kalau guna non stick pan xperlu).
  4. Panaskan kuali, tuang 1 senduk adunan dan ratakan, buat cam telur dadar.
 
INTI
 
Bahan untuk inti
 
4-6 biji Ubi Kentang (potong memanjang)
2 biji Bawang Holland (potong dadu)
Daging atau ayam kisar (boleh guna Ramly Burger)
1 1/2 paket kecil Rempah Kurma
Daun Kari & Rempah Kasar (sedikit)
 
*8 biji Cili Api
*3 ulas Bawang Putih
*1 sudu makan Lada Hitan
 (Bhn bertanda* dikisar atau ditumbuk dicampur dgn rempah jadikan pes.)
 

CARA MEMASAK
 
  1. Tumis Daun Kari, Rempah Kasar, Bawang Holland (segenggam), selepas naik bau, letak Pes Rempah.
  2. Kacau-kacau sehingga garing. Masukkan 1 cawan air.
  3. Sudah mendidih, masukan daging/ayam. 
  4. Letak garam, gula, serbuk perasa. 
  5. Rasa dah ok masukan hirisan ubi kentang. 
  6. Biarkan mendidih dan kacau. 
  7. Kacau dah nampak kering. Akhir sekali masukkan lebihan Bawang Holland. Dah layu tutup api. 
Ok siap sejukkan.
 
 
Kredit Resepi : xiyans muhamad

Post a Comment

0 Comments